Wednesday, January 7

Nurul Aliya Fitri Sulaiman


السلام عليكم Selamat 2015. Aduh, cuti sekolah pun sibuk. Redha. Jadi, sekarang ni, kita ada masa, kita update yaaaaaaaa. Untuk entri ni, Opie nak cerita satu benda je. Pada November 2013, ada berita daripada Ayah Opie mengatakan bahawa Opie akan dapat seorang lagi adik. 

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kandungan Mak sentiasa sihat. Adalah sikit kandungan gula naiklah, kurang airlah. Mungkin faktor umur. Orang kata risiko mengandung pada umur 40 tahun ke atas tinggi. Begitulah. Mak kata, mungkin mak nak bedah, kalau-kalau tak larat teran.

Untuk 4 bulan, Mak tak sihat. Muntah-muntah, baring aja. Mak kata, memang biasanya macam tu. Masa tu, makan minum Opie dengan adik Opie, bukan tak terurus. Cuma sedikit serabut. Lepas 4bulan, Mak boleh buat kerja balik. Tapi, sudah tentu tak boleh buat kerja berat. Dekat situ, mula timbul rasa tanggungjawab sikit. Sikit. Opie ni bukan manja. Cuma malas. Selama ni, semua kerja rumah Mak yang buat. Adalah sikit sikit Opie buat. Itu pun, ketika disuruh.  Apa yang Allah telah rancang adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

24 Julai 2014, 4 hari sebelum raya. Mak ada beritahu, masa mak rehat rehat, tiba-tiba kain mak basah. Mak dan Opie mula risau. Mak tak pasti apa itu. Jadi, mak mula buat standby. Mak mula telefon orang yang boleh tolong Mak. Sebab masa tu, Ayah kerja luar kawasan. Mak telefon Umi, jiran kami. tapi dia tak ada di rumah. Mak telefon kawan Mak. Jiran kami juga. Tapi, tiada jawapan. Pilihan terakhir, mak telefon Cyan, mak cik Opie yang tinggal di Kajang. Cyan sampai 1 jam sebelum berbuka. Kemudian, setengah jam sebelum berbuka, mak kata, mak mula rasa sakit. Lepas berbuka, terus ke hospital. Adik tak ikut kerana mula rasa kedudukan dia sebagai anak bongsu tergugat. Biasalah tu, 12 tahun kot. Hantar ke dewan bersalin. 

Hingga jam 11, tak ada berita dari Mak. Telefon ada dekat Opie. Katil dalam wad dah tak ada sepatutnya. Mujur ayah ada orang dalam yang ayah boleh minta tolong. Kemudian, mak dihantar ke wad. Kata nurse, kes mak ni lambat lagi. baru terbuka 1cm. Jam 12, kami tengok mak di wad. Mak nampak sakit. Sebenarnya, mak memang tengah sakit. Geramnya rasa bila tak ada orang perhatikan mak. Bila mak bagi tahu yang mak sakit sangat, Cyan panggil nurse. Disebabkan masa dah pun lewat, Opie kena beredar sebab kata dekat guard kat kaunter bawah, nak pergi jenguk mak setengah jam je. Berat sangat hati nak tinggal. Opie nak juga duduk di sisi mak masa Mak nak bersalin tu. Faktor pelajaran. 

Sampai je di rumah, buka tudung, cyan kata, mak dah selamat bersalin. Opie terus masuk tidur. esoknya, selepas sahur, Opie gosok baju. Dan Opie lambat ke sekolah. Daripada sebelum tidur, bangun sahur dan subuh, berjalan ke sekolah dan berlari masuk ke kelas, Opie tersenyum. Orang faham maksudnya. Cuma Opie bukan seorang yang tutup mulut saja. Sudah tentu Opie kecoh. Semua yang lalu depan Opie, Opie beritahu, "Opie dapat adik !"

12.30 pagi, 25 Julai 2014. Rasa macam seronoknyaaaaa. NURUL ALIYA FITRI dilahirkan pada hari Jumaat. Kalau ikut waktu Islam, dia dilahirkan pada hari Khamis malam Jumaat. Tapi, Opie rasa seronok sangat. 

Sorry lambat update. Nurul Aliya Fitri dah masuk 6 bulan dah. Duhhhh, lambatnya kau update Pieeeeee. 


Rezeki ada di mana-mana. Segalanya telah dirancang Allah.