Posts

Showing posts from 2015

Nurul Aliya Fitri Sulaiman

Image
السلام عليكم Selamat 2015. Aduh, cuti sekolah pun sibuk. Redha. Jadi, sekarang ni, kita ada masa, kita update yaaaaaaaa. Untuk entri ni, Opie nak cerita satu benda je. Pada November 2013, ada berita daripada Ayah Opie mengatakan bahawa Opie akan dapat seorang lagi adik. 
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kandungan Mak sentiasa sihat. Adalah sikit kandungan gula naiklah, kurang airlah. Mungkin faktor umur. Orang kata risiko mengandung pada umur 40 tahun ke atas tinggi. Begitulah. Mak kata, mungkin mak nak bedah, kalau-kalau tak larat teran.
Untuk 4 bulan, Mak tak sihat. Muntah-muntah, baring aja. Mak kata, memang biasanya macam tu. Masa tu, makan minum Opie dengan adik Opie, bukan tak terurus. Cuma sedikit serabut. Lepas 4bulan, Mak boleh buat kerja balik. Tapi, sudah tentu tak boleh buat kerja berat. Dekat situ, mula timbul rasa tanggungjawab sikit. Sikit. Opie ni bukan manja. Cuma malas. Selama ni, semua kerja rumah Mak yang buat. Adalah sikit sikit Opie buat. Itu pun, ketika…