Bayangan 2014


السلام عليكم semua! Sudah nak masuk penggal kedua untuk tahun 2014. Tapi, ini ialah entri pertama blog Opie untuk tahun 2014 ni. Betul Opie kata, tahun 2014 ini sangat sibuk. sampai tak sempat sempat update blog. Walaupun sebenarnya cuti 2 bulan tahun 2013 tu Opie ada masa.. Okay, sebenarnya Opie malas nak update blog masa tu. Muahaha. Tapi, kali ini, Opie dah edit, hampir keseluruhan blog. Okay kan ? 

Sebagai entri pertama, Opie nak cerita pasal bayangan 2014 ketika Opie berada di 2013. Murid - murid batch 1999 bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2014, seperti murid murid Tingkatan 3 tahun sebelumnya. Sejak kami di Tingkatan 1 lagi, kami sudah dimaklumkan, tiada PMR, dan format untuk menegetahui tahap kami sudah ditukar. Kami ada PBS sekarang. Diawal kami di Tingkatan 2, kami dimaklumkan lagi, bahawa ada peperiksaan besar yang akan kami duduki. Kata cikgu, tidak acilah kalau kami tiada peperiksaan. Kami tahu, kami akan menduduki PBSMR. Beberapa buan kemudian, namanya ditukar kepada PPMR. Kami dapat tahu bahawa kami akan dinilai untuk 4 subjek sahaja. 

Untuk beberapa bulan, kecelaruan maklumat berlaku. Opie sudah mula membayangkan tahun 2014 ni macam mana. Mesti sangat teruk. Opie mula bayangkan, ada tuisyen setiap hari, Mak nak daftarkan Opie masuk Taekwondo semula, Ayah suruh masuk tuisyen malam. Haiyoyo. Akhir tahun tu pula, Opie dpaat tahu Opie akan dapat adik. Ya, mak Opie mengandung. Adik Opie umur 12 tahun, dan kami, 3 beradik akan dapat adik lagi. Opie mula fikir yang Opie perlu jaga adik lagi. Oh, 2014 teruk. Tapi, di awal tahun 2014 ni, format terbaharu untuk peperiksaan Tingkatan 3 telah diberitahu. Pentaksiran Tingkatan 3 atau PT3. Serius kelakar nama dia pasal ada nombor. Murid Tingkatan 3 hanya akan ditafsir untuk 6 subjek. Yang lagi 2 tu, ada kerja kursus pulaaaaa.

Sebulan dalam tahun 2014 Opie berjalan dengan agak teruk. Tapi, hari demi hari, hari Opie berjalan dengan semakin baik. Ada detik bahagia lagi. Kejayaan Opie dan kawan kawan di Tingkatan 2 diingati cikgu cikgu sekolah Opie. Sekarang, ramai cikgu kenal kami, murid Tingkatan 3. Tahun ni Opie dengan kawan kawan Opie selalu dipanggil cikgu cikgu. Terasa bangga pula. Alhamdulillah, semua baik setakat ini. Dan Opie harap, bertambah baik.

Okay, Opie tak tahu kenapa ayat Opie macam nerd yang amat dekat atas tu. Tapi, itulah apa yang Opie ak luahkan. Sebarang typo, sila abaikan. Opie dah lama tak pegang laptop, dah lama tak menaip keypad besar ni. Jadi, silalah faham. Setakat ini sahaja coretan Opie. Sekian, babai !

Segala yang berlaku di masa hadapan telah menjadi ketentuan Allah sejak Azali lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Time Flew So Fast People

Saya Pengawas Percubaan =)

Let's have a fresh start, right ?