Posts

Showing posts from June, 2014

Bayangan 2014

Image
السلام عليكم semua! Sudah nak masuk penggal kedua untuk tahun 2014. Tapi, ini ialah entri pertama blog Opie untuk tahun 2014 ni. Betul Opie kata, tahun 2014 ini sangat sibuk. sampai tak sempat sempat update blog. Walaupun sebenarnya cuti 2 bulan tahun 2013 tu Opie ada masa.. Okay, sebenarnya Opie malas nak update blog masa tu. Muahaha. Tapi, kali ini, Opie dah edit, hampir keseluruhan blog. Okay kan ? 
Sebagai entri pertama, Opie nak cerita pasal bayangan 2014 ketika Opie berada di 2013. Murid - murid batch 1999 bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun 2014, seperti murid murid Tingkatan 3 tahun sebelumnya. Sejak kami di Tingkatan 1 lagi, kami sudah dimaklumkan, tiada PMR, dan format untuk menegetahui tahap kami sudah ditukar. Kami ada PBS sekarang. Diawal kami di Tingkatan 2, kami dimaklumkan lagi, bahawa ada peperiksaan besar yang akan kami duduki. Kata cikgu, tidak acilah kalau kami tiada peperiksaan. Kami tahu, kami akan menduduki PBSMR. Beberapa buan kemudian, namanya ditukar…