Friday, January 25

Hidayah Itu Bagus, Kan ?


السلام عليكم dan hallo hallo awak semua !
Heyyo ! Sekolah dah mula ! Jadi sekarang hari Jumaat, Opie nak updated sikit la. Opie dah mula belajar sebagai pelajar tingkatan 2. Hari pertama sekolah, kebanyakan pelajar takkan bawa buku teks kan ? Macam Opie lah juga. Hahaha. Dasar pemalas Opie ni. Hehehe *_* Tapi kan, ada sorang kawan Opie ni, dia bawa semua buku. Haish ! Bagusnya lah dia ni.

Disebabkan semua tak bawa buku, cikgu yang masuk ke kelas Opie cuma kenal kan diri. Ada cikgu tahun lepas yang masih mengajar Opie, ada juga cikgu yang tak mengajar Opie tahun lepas, mengajar Opie untuk tahun ni. Yang baru nak mengajar kelas Al-Azhar tahun ni, diorang masuk cuma kenalkan diri dan bagi tau buku tulis apa yang cikgu perlu masa mengajar.

Hari Rabu tu, ada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Ustazah Shariffah mengajo Opie lagi ! YEA ! Ustazah pun terangkanlah buku apa yang ustazah nak guna apa semua. Lepas tu, ustazah suruh hafal 1 je ayat hafazan. Lepas habis menghafal, ustazah tak tau nak buat apa sebab semua tak bawa buku. Jadi, ustazah terangkan serba sedikit pasal apa yang kitorang akan belajar nanti.

Ada satu bab ni, ustazah terangkan pasal hidayah. Lepastu, ustazah ceritakan satu cerita pasal orang yang dapat hidayah dan digelar Wali Allah. Opie pendekkan ceritanya. Rabiatul Adawiyah ialah seorang penyanyi yang mana telah dapat tawaran untuk bekerja di istana sebagai penyanyi. Satu hari dia dapat hidayah dan dia tak mau menyanyi. Raja istana tu marah dan halau dia keluar dari istana. Kemudian dia tinggal dekat sebuah pondok di kampung dia.

Satu hari, masa dia tengah solat, ada perompak datang nak rompak barang yang ada dalam rumah Rabiatul Adawiyah tu. Pondok kecil je pun, tu pun nak khianat org lagi -..-' Tapi ada sesuatu yang terjadi sampai perompak tu tak boleh curi apa apa. Dari situ la dia digelar Wali Allah.

Bagusnya kalau dapat hidayah kan ? Tak dapat hidayah yang besar besar, setakat dapat sedarkan diri, boleh lah. Perlahan-lahan, lama-lama makin baik juga kita ni kan ? Mintalah pada Allah hari-hari. Ustazah kata, kalau kita dah mula ambil kisah tentang dosa dosa yang kita buat, dah berubah ke arah yang lebih baik walaupun sikit, kita telah pun dapat hidayah dari Allah. Nampak ? Betapa pemurahnya Allah ni kan. Jadi, tak payah segan segan nak minta bantuan. Kalau dengan manusia susah nak ditunaikan. Tapi, kalau dengan Allah, InsyaAllah, dapat je ;)

"Sesungguhnya orang-orang yang betaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)"
Surah l-A'raf, ayat 201

No comments:

Post a Comment