Tuesday, January 1

Selamat Datang 2013 ! ^^


السلام عليكم dan hai kamurang !
Waaaaaa ! Selamat tahun baru la korang. Sebenarnya, untuk orang Islam, tahun baru kita dah lepas dah. Bestkan tahun baru Islam, ada doa ;) Tapi, tahun yang dunia ikut dah 2013 dah. Jadi, sebagai penduduk bumi lah ye, Opie seronok jugak nak ber-Happy New Year ni. Hahaha, esok dah mula sekolah dah ;') Sambung semula azam lama, Opie target, dapat lah hasilnya =D Hahaha !

Biasalah kan, asal tahun baru je mesti ada bunga api kan ? Atau pun, lebih dikenali sebagai fireworks ! Hahaha, poyo gila Opie ni. Hehehe ^^' Kat Putrajaya pun ada bunga api. Ada 2 tempat yang orang Putrajaya boleh tengok bunga api. Yang satunya dekat Presint 2, yang satu lagi kat jambatan mana entah  mak Opie kata. Abang Opie pergi tengok bunga api ngan kawan kawan dia, dah pukul 1 pun tak balik lagi. Ye lah, pergi dengan kawan kawan, gini la jadinya. Dah habis bunga api, abang Opie pi lepak dekat jambatan yang nak ke Presint 2. Seronoknya dia. Hahaha ! C=

Opie tak pergi tengok bunga api ? Eh eh, mestilah Opie pergi. Tak kan tak mau pergi pulak. Rugilah ! Lawa bunga api tu ! =D Sebenarnya, memang dari awal rancang nak pergi tengok bunga api. Masa tengah hari lagi mak Opie kata nak pi tengok bunga api. Tapi, masa maghrib pulak, adik Opie penat and dia tertidur. Opie fikir dah tak ada harapan dah. Mak dah suruh bentang toto dah, sebab masa tu adik Opie tidur atas kerusi. Mak Opie risau adik sakit belakang, tu yang kena bentangkan toto tu. 

Kemudian Opie kejut la adik Opie bangun, Opie nak suruh dia tidur atas toto. Tapi, masa Opie kejut tu, dia dah tak boleh tidur balik. Jadi, kitorang yang ada kat rumah ni pun rancang nak pergi dan kitorang pergi. Mula mula mak kata, Opie bawa basikal, mak ngan adik Opie naik motor. Adik Opie dengki pulak dengan Opie sebab Opie boleh naik basikal. Lepas tu mak kata jalan kaki je semua. Adik Opie pulak jenis yang malas. Tak suka berjalan kaki. Jadi, kitorang pergi dengan cadangan mak yang pertama tadi. Mak ngan adik Opie naik motor, Opie naik basikal. Penat weyh ! 

Pusing punya pusing, tiba tiba mak Opie berhenti kejap. Mula mula mak kata nak patah balik, pergi tengok bunga api dari hospital Putrajaya. Sakit lah Opie kalau nak patah balik. Serious, I was so tired that time. Kebetulan pulak, dekat jalan yang kitorang berhenti tu, ada bas stop yang boleh tengok bunga api dari situ. Jadi, kitorang tengok bunga api dekat situ je lah. Lepas lama menengok, Opie peresan ada kak Atikah dengan kak Atirah dekat dekat situ. Depa kembar yang comel tau ! Haha ! 

Selepas itu, kitorang pun balik rumah. Masa dah sampai rumah tu, Opie ajak mak lepak mamak. Lepas dah simpan basikal semua, kitorang pergi lah mamak. Tapi orang ramai gila ! Kitorang pun patah balik. Mak Opie kata ada roti canai segera kat rumah. Jadi, masa dah sampai rumah tu, mak Opie pi masak roti canai tu, Opie pulak buat air teh strawberi ais. Perghh ! Sedap ! 

Nampak tak cara Opie sambut tahun baru ? Hahaha ! =D Eh eh, nampak tak header baru ? Haaa, yang tu Opie guna sampai 15 hari bulan je sebab tak selamanya Tahun Baru 2013. Korang faham tak ayat Opie ? Tak faham ? Tak apa lah. Pura pura faham okeng ? Hahaha ! Jadi korang, mulakanlah tahun baru korang dengan perkara yang baik. Memang 2012 dah berlalu, tapi yang manis, simpan buat kenangan. Yang pahit, buat jadi pengajaran C;

New year, new intentions (;

4 comments: