Hujan dan Surau

السلام عليكم


Perasan tak yang semenjak pertengahan bulan 10 tahun 2012 ni kan, setiap petang hujan. Pagi bukan main panas, sampai petang je SEJUK sangat ! Dan kemudiannya, hujan~ Wuu ~ Bestkan hujan petang-petang. Tidur pon sodap kan =D Rumah Opie tepi sekolah ja. Dekat sangat. Nak balik rumah dalam hujan pun boleh. Tapi, doh kalau hujang lebak guane ? Ce citer ce mane teman nak balik ke rumoh teman ? Hang pikir senang ka nak balik rumah dalam hujan lebat na hai ? Den balik umah den dalam hujan renyai renyai pon den ditego omak den balik basah basah.

Tapi, kalau Opie balik sekolah dalam pukul 2 hingga 3, boleh la Opie redah hujan yang tak berapa nak lebat, sebab mak Opie pergi kerja. Tapi, selalu nya , time time Opie nak balik sekolah la hujan turun dengan lebatnya =..= Jadi, selepas solat, Opie dan Najihah mengambil keputusan untuk lepak di surau. Rumah Najihah dekat dengan rumah Opie , seberang jalan ja rumah dia ngan rumah Opie. Jadi kitorang balik sama2. Biasanya, Opie akan jalan dengan dia sampai simpang hujung area block Opie. Jadi , kalau hujan, kitorang tunggu la dekat surau. Dan ada sweet moment masa Opie balik sekolah dalam hujan renyai renyai dengan Najihah dan masa Opie lepak kat surau =3

Ada satu hari tu kan kan, Opie ngan Jihah balik redah hujan yang tak lebat tapi tak reda jugak. Faham tak ayat Opie ? Hujan masa tu macam , tak lebat , tapi nak kata renyai renyai pun tak juga. Haaa, gitu la. Kalau balik pakai payung, boleh selamat la jugak tak la basah sangat. Tapi , masa tu, Opie balik, keadaan Opie , macam jatuh dalam lopak air yang besar ! Hahahaha, tak lah basah lencun. Tapi , kalau mak Opie tau , kena tegur la Opie. Heee~ Sweet woo balik dalam hujan 2 orang. Hahah ! Jangan pikir lain ! Hehehe

Bersama Jihah & Fatin ! Muka Opie berminyak -,-'

2 minggu sebelum cuti sekolah, hari Rabu, sekolah Opie ada buat hari untuk graduasi tingkatan 5. Kakak Najaa, Kak Najwa bawak kamera pi skolah. Nak buat kenang-kenangan. Apalah nasib, petang tu hujan dengan lebat nye weyh. Tak balik rumah la Opie. So, Opie lepak dekat surau dengan Jihah, Najaa ngan Fatin. Kan Kak Najwa bawak kamera kan kan, Najaa pi la amek kamera kat kakak dia. Lepas tu, kitorang bergambar sakan. Hahah. Sweet moment la masa tu. =D

Hari Khamis tak silap Opie, Opie ngan Qila kena buat PBS menyusahkannya benda alah ni. Jadi, Opie ngan Qila kena dok kat skolah lama sikit kat skolah. Masa nak balik tu, hujan la pulak. Jadi Opie dok la kat surau sekolah. Opie ingat kan , Jihah dah balik. Tapi dia belum balik lagi ! Wuuuu~ Ade geng nak balik rumah. Hujan lebat gila wey ! Opie habis PBS pukul 3 tapi balik umah pukul 5. Sebab apa Opie ? Sebab hujan lebat laa. Sepanjang 2 jam tu kian , Opie lepak dekat surau dengan Qila dan Jihah. Kitorang bersembang. Ada satu part tu Opie majal ! Diorang dua dua gelakan Opie. Opie kata kat Qila "Wey wey ! Hari tu aku ngan Jihah balik dalam hujan ! Sweet kan kitorang ! And kitorang tak demam pon. Nampak tak betapa kuatnya antibiotik kitorang ?" Berlagak gila Opie ni ! Hahah ! Pastu Qila berbisik kat Jihah "Antibiotik tu bukan ubat ke ? Bukan ke antibody ?" Opie macam "Alamak ! Majal gila aku !!" Hahaha ! Sedih la Opie ni.

Lepas tu kitorang main gusti lengan. Opie lawan ngan Qila Opie kalah. Waaaa Qila kuat ! Lepas tu opie lawan ngan Jihah. Korang tau la kan yang Jihah ni orgnya kecik comel molek. Opie pegang tangan dia, lepas tu kira "1 2 3 !" Opie tak buat apa apa sebab Opie tunggu Jihah tolak tangan Opie. Tapi kan, Opie rasa, tak ada tenaga langsung yang keluar dari badan dia. Opie fikir, tu adalah yang paling kuat yg dia boleh buat. Jadi Opie macam tergelak kepelikan. Opie tanya dia, tu ke yang paling kuat dia boleh buat. Dia kata dia tak tolak pun tangan dia sebab Opie tak tolak tangan Opie. Jadi kat situ ada misunderstanding. Haha , ngek la kau ni Opie ! Haha ~ Lepas tu hujan berhenti. Opie, Jihah ngan Qila pun balik.

Opie ngan Jihah hantar Qila sampai kat Dataran Madani sebab Qila nampak geng dia lepak kat situ. Lepas tu , ada 1 group budak f1 main bola dan bola diorang jatuh kat tangga. Bola tu dekat ngan Opie, jadi Opie macam "Eh eh ! aku nak tendang !" Hehe. Lepas tu Opie tendang bola tu sekuat hati Opie. Tapi, bola tu melantun balik kat Opie. Budak2 laki yg main bola semua sorak "WOOOOO !" Opie pulak "Eh eh ! Malunya aku ! Tutup muka !" Haha ! Seriously Opie malu masa tu. Kemudian, Opie balik rumah dengan Jihah =D

Korang tau , bila hujan ja, Opie selalu kena perli ngan kawan2 Opie sebab Opie minat Rain =) Memang la rasa macam nak perli diorang balik. Tapi, tu lah gunanya kawan. Kawan patut membahagiakan orang lain kan kan ? =D Jadi, hargailah kawan anda. Anda mampu menghargainya ;)


Kebahagiaan adalah salah satu rezeki daripada hujan yang ALLAh beri untuk hambaNya =D

Comments

Popular posts from this blog

Time Flew So Fast People

Saya Pengawas Percubaan =)

Let's have a fresh start, right ?